Industri parkir Malaysia pada tahun 2025 dijangka terkesan oleh tiga faktor utama yang digelar sebagai “3E”: E-Invois, E-Wallet, E-Plat, dan juga faktor keempat: gaji minimum. Berikut adalah bagaimana setiap faktor ini akan membentuk industry Parkir:
Pelaksanaan wajib E-Invois oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) telah mencetuskan pelbagai reaksi pada tahun 2024. Pada mulanya, ia hanya melibatkan syarikat besar dengan tempoh lanjutan 6 bulan sebagai kelonggaran untuk keperluan E-Invois individu. Walau bagaimanapun, impak penuh dijangka berlaku pada 2025 apabila penggunaan E-Invois diwajibkan untuk semua perniagaan, sama ada besar atau kecil, mulai 1 Julai.
Industri parkir akan menjadi salah satu sektor yang terkesan teruk. Dengan jumlah transaksi yang tinggi, bayaran kecil, pelbagai jenis parkir, kaedah pembayaran yang berbeza, dan persekitaran yang melibatkan sistem automatik serta manual, pelaksanaan E-Invois adalah satu tugas yang rumit. Ini akan membawa kepada peningkatan kos pentadbiran, kesukaran tambahan, dan perbelanjaan pelaksanaan yang lebih tinggi.
Sesetengah pengendali parkir mungkin mendapati sistem mereka (tempatan atau asing) tidak menyokong E-Invois. Mereka mungkin perlu menggunakan perisian tambahan, Middleware untuk memenuhi keperluan ini atau melabur dalam sistem parkir yang mematuhi E-Invois, jika pelaburan tersebut berbaloi. Pengendali juga perlu membiasakan diri dengan proses baru dan mempertimbangkan sama ada lebih efisien untuk mengintegrasikan sistem parkir mereka terus dengan portal MyInvois LHDN atau menyerahkan dokumen melalui sistem perakaunan belakang – atau kedua-duanya.
E-Invois dijangka menjadi cabaran terbesar bagi industri parkir pada tahun 2025. Memandangkan portal MyInvois LHDN berasaskan awan, pelaksanaan E-Invois juga mungkin mempercepatkan penggunaan penyelesaian parkir berasaskan awan pada 2025.
Teknologi pengenalan plat nombor (LPR) diperkenalkan kepada industri parkir beberapa tahun lalu sebagai kaedah tanpa sentuhan untuk meningkatkan pengalaman parkir. Ia turut menawarkan lebih banyak pilihan pembayaran tanpa tunai. Sebagai contoh, pengguna boleh membayar sebelum keluar dengan mengimbas kod QR untuk ke laman pembayaran dalam talian yang menyediakan pelbagai pilihan. Selain itu, mereka boleh membayar di pintu keluar menggunakan kad Touch ‘n Go, kad kredit, kad debit, atau mesin pembayaran automatik.
Namun, setiap kaedah ini mempunyai kekurangan. Pembayaran yang terputus-putus atau keperluan untuk menyentuh di pintu keluar mengurangkan pengalaman tanpa sentuhan yang lancar.
Jawapan kepada masalah ini adalah E-Wallet Direct. Mekanisme ini mengintegrasikan sistem LPR dengan e-Wallet. Pengguna e-Wallet yang berdaftar boleh masuk dan keluar dari tempat parkir tanpa sentuhan dan tanpa tunai, dengan bayaran parkir terus ditolak dari e-Wallet mereka, memberikan pengalaman yang benar-benar lancar.
Kami menjangkakan E-Wallet Direct untuk LPR akan mula mendapat momentum pada tahun 2025 yang sepatutnya berlaku pada tahun 2024, kerana penyertaan Touch ‘n Go e-Wallet yang lewat; sungguhpun Setel e-Wallet sudah lama menyertai e-Wallat Direct, tetapi bilangan penggunanya agar kecil. Dengan ketepatan algoritma LPR yang semakin meningkat, populariti LPR juga bertambah, dengan anggaran 300 tapak parkir memasang LPR pada tahun 2024, dan jumlah ini dijangka berganda pada tahun 2025. Kami juga meramalkan lebih banyak penyedia e-Wallet akan menyertai pasaran ini.
3. E-Plat
Plat nombor elektronik (E-Plat) nasional diperkenalkan pada tahun 2024 dan kini diwajibkan untuk kenderaan elektrik (EV) baharu. Namun, pasaran percaya bahawa ia secara beransur-ansur akan menggantikan plat nombor tradisional sebagai pilihan standard untuk semua jenis kenderaan.
Berdasarkan teknologi IDePLate daripada syarikat Jerman Toennjes, e-Plat JPJ yang baharu dilengkapi dengan beberapa ciri keselamatan untuk mengelakkan pemalsuan dan penipuan, termasuk cip RFID tertanam dalam plat aluminium, huruf timbul dengan foil holografik, dan tandatangan digital yang diintegrasikan ke dalam kod QR pada plat. Tambahan pula, setiap plat (depan dan belakang) akan dipasangkan dengan pelekat RFID anti-gangguan yang dipasang pada cermin depan sebagai pengenalan kedua.
Penggunaan fon plat yang seragam melalui E-Plate adalah berita baik untuk sistem parkir LPR. Namun, dasar yang masih tidak jelas ini menimbulkan ketidakpastian bagi industri parkir. Sekiranya plat E standard akhirnya menggantikan semua plat nombor tradisional, dua kaedah utama parkir mungkin muncul untuk mencapai pengalaman tanpa sentuhan dan tanpa tunai:
– E-Wallet Direct berasaskan RFID; dan
– Versi LPR E-Wallet Direct yang dipertingkatkan (nombor plat ikut standard memberi bacaan lebih tepat) , atau mungkin gabungan kedua-duanya.
Kami juga menjangka pengambilan pasaran penuh untuk E-Plat mungkin memakan masa kecuali kerajaan menetapkan tarikh wajib seperti E-Invoice. Walau bagaimanapun, kami menjangkakan industri tol dan parkir akan menyambut baik E-Plat dalam jangka masa panjang.
4. Gaji Minimum
Sebagai tambahan kepada cabaran yang dibawa oleh tiga “E”, kenaikan gaji minimum daripada RM1,500 kepada RM1,700 sebulan, yang akan berkuat kuasa mulai 1 Februari 2025, akan menambah beban kepada industri operasi parkir.
Untuk mengurangkan kos, kami menjangkakan lebih banyak kiosk parkir tanpa pengawasan dan sistem parkir automatik akan dipasang untuk mengurangkan keperluan tenaga kerja.
Kesimpulan
Inilah bagaimana industri parkir Malaysia akan menghadapi transformasi pada tahun 2025. Dengan kesan gabungan tiga “E” dan kenaikan gaji, pengendali parkir perlu menyesuaikan diri dengan pantas untuk memenuhi cabaran teknologi dan operasi yang baharu ini.
03-8070 9933 | Email | www.timeteccloud.com | Interest Form